Berkuat kuasa: 9 April 2025

Samsung Electronics Co., Ltd. (“Samsung,”) mengetahui kepentingan privasi kepada pelanggannya dan pekerja serta rakan kongsi mereka, dan kami berusaha untuk menjadi jelas tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan, memindahkan dan menyimpan maklumat anda. Dasar Privasi ini menyediakan gambaran keseluruhan tentang amalan maklumat kami berkenaan dengan maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui perkhidmatan Samsung Knox (“Perkhidmatan Perniagaan”).

Dasar Privasi ini mungkin dikemaskinikan secara berkala untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berkenaan Perkhidmatan Perniagaan tersebut atau perubahan pada undang-undang yang diguna pakai. Kami akan menyatakan di bahagian atas Dasar Privasi ini kali terakhir ia dikemas kini. Jika kami mengemas kini Dasar Privasi tersebut, kami akan memberitahu anda lebih awal tentang perubahan yang kami anggap sebagai penting dengan meletakkan notis pada Perkhidmatan Perniagaan atau dengan menghantar e-mel kepada anda, jika bersesuaian.

Apakah maklumat yang kami kumpulkan tentang anda?

Kami mungkin mengumpulkan pelbagai jenis maklumat peribadi berkaitan dengan Perkhidmatan Perniagaan.

Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda?

Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk tujuan yang berikut:

Melalui Perkhidmatan Perniagaan, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat peribadi tentang peranti anda yang disambungkan dari masa ke masa dan merentasi peranti, aplikasi serta ciri dan perkhidmatan dalam talian yang lain. Kami mungkin menggunakan perkhidmatan analisis pihak ketiga pada Perkhidmatan Perniagaan, seperti Google Analytics. Pembekal perkhidmatan yang mentadbir perkhidmatan analisis ini membantu kami untuk menganalisis penggunaan Perkhidmatan Perniagaan oleh anda dan menambah baik Perkhidmatan Perniagaan tersebut. Maklumat yang kami peroleh boleh didedahkan atau dikumpulkan secara terus oleh penyedia ini dan pihak ketiga lain yang berkaitan yang menggunakan maklumat tersebut, misalnya untuk menilai penggunaan Perkhidmatan Perniagaan, membantu mentadbir Perkhidmatan Perniagaan dan mendiagnosis masalah teknikal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google Analytics, sila lawati http://www.google.com/analytics/learn/privacy.html dan https://www.google.com/policies/privacy/partners/.

Kepada siapa kami mendedahkan maklumat anda?

Kami akan mendedahkan maklumat anda secara dalaman dalam perniagaan kami dan kepada entiti berikut tetapi hanya untuk tujuan di atas.

Apakah yang kami lakukan untuk memastikan maklumat anda selamat?

Kami telah melaksanakan langkah fizikal dan teknikal yang munasabah untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan berkaitan dengan Perkhidmatan Perniagaan. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa walaupun kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat anda, tiada laman web, penghantaran Internet, sistem komputer atau sambungan wayarles yang selamat sepenuhnya.

Ke manakah kami memindahkan maklumat anda?

Penggunaan atau penyertaan anda dalam Perkhidmatan Perniagaan mungkin melibatkan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat anda di luar negara tempat anda tinggal, yang sejajar dengan dasar ini. Harap maklum bahawa undang-undang perlindungan data dan undang-undang lain di negara yang maklumat anda mungkin dipindahkan mungkin tidak selengkap undang-undang di negara anda. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya, dalam mematuhi undang-undang yang diguna pakai, untuk memastikan maklumat peribadi anda kekal dilindungi.

Apakah hak anda?

Di bawah undang-undang sesetengah bidang kuasa, anda mungkin berhak untuk meminta butiran tentang maklumat yang kami kumpulkan tentang anda, memadamkan maklumat yang dikumpulkan tentang anda dan membetulkan ketidaktepatan dalam maklumat tersebut. Kami mungkin menolak untuk memproses permintaan yang berulang secara tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, membahayakan privasi orang lain, sangat tidak praktikal atau akses yang tidak diperlukan oleh undang-undang tempatan.

Jika anda meminta pemadaman maklumat peribadi, anda mengakui bahawa anda mungkin tidak dapat mengakses atau menggunakan Perkhidmatan Perniagaan dan baki maklumat peribadi mungkin terus disimpan dalam rekod dan arkib Samsung untuk beberapa ketika, tetapi Samsung tidak akan menggunakan maklumat itu bagi tujuan komersial. Anda memahami bahawa, walaupun anda membuat permintaan untuk pemadaman, Samsung berhak untuk menyimpan maklumat peribadi anda, atau bahagian yang berkaitan, jika Samsung telah menggantung, mengehadkan atau menamatkan akses anda kepada laman web kerana melanggar Terma Penggunaan Samsung, apabila perlu untuk melindungi hak, harta atau keselamatan Samsung, atau mana-mana sekutu, rakan niaga, pekerja atau pelanggan kami.

Untuk mengemas kini keutamaan anda, mengehadkan komunikasi yang anda terima daripada kami, atau menyerahkan permintaan, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian Hubungi di bawah.

Perkhidmatan Perniagaan mungkin menawarkan pemadaman maklumat dan komunikasi tertentu tentang produk, perkhidmatan dan promosi. Anda boleh mengakses aturan untuk mengetahui tentang pilihan yang mungkin tersedia untuk anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan Perniagaan.

Berapa lamakah kami menyimpan maklumat anda?

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa kami mengekalkan maklumat tentang anda hanya selagi diperlukan untuk tujuan maklumat itu dikumpulkan, atau seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang diguna pakai.

Pautan dan Produk Pihak Ketiga pada Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Perniagaan kami mungkin memaut ke laman web dan perkhidmatan pihak ketiga yang berada di luar kawalan kami. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan atau privasi sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh laman web atau perkhidmatan lain. Anda harus berhati-hati dan menyemak penyataan privasi yang berkaitan dengan laman web dan perkhidmatan pihak ketiga yang anda gunakan.

Kuki, Suar dan Teknologi Yang Serupa

Kami, serta pihak ketiga tertentu yang menyediakan kandungan, pengiklanan atau fungsi lain pada Perkhidmatan Perniagaan kami, mungkin menggunakan suar di kawasan tertentu Perkhidmatan Perniagaan kami.

Suar

Kami, bersama pihak ketiga tertentu, juga mungkin menggunakan teknologi yang dipanggil suar (atau “piksel”) yang menyampaikan maklumat daripada peranti anda ke pelayan. Suar boleh dibenamkan dalam kandungan dalam talian, video, dan e-mel dan boleh membenarkan pelayan untuk membaca jenis maklumat tertentu daripada peranti anda, mengetahui masa anda telah melihat kandungan tertentu atau mesej e-mel tertentu, menentukan masa dan tarikh anda melihat suar tersebut, dan alamat IP peranti anda. Kami dan pihak ketiga tertentu menggunakan suar untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk menganalisis penggunaan Perkhidmatan Perniagaan kami.

Dengan mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Perniagaan kami, anda memberi izin kepada penyimpanan suar dan maklumat lain pada peranti anda. Anda juga memberi izin kepada akses suar dan maklumat oleh kami dan oleh pihak ketiga yang disebutkan di atas.

Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang dasar ini, sila hubungi kami di: dataprivacy@samsungknox.com